Wednesday, 1 March 2017

Pelakon Malaysia

                Pelakon yang sekian lama mendiam kini sudah kembali beraksi semula dengan dunia yang baru . Fakhrusy Syakirin merupakan pelakon yang kini telah kembali dengan wajah yang baru dan ingin memulakan semula zaman lakonannya.






Untuk bergelar seorang artis satu ketika dahulu mungkin sesuatu yang sukar kerana perlu melalui proses yang pelbagai termasuklah uji bakat dan sebagainya. Namun , teknologi kini terutama dunia media sosial yang berada di hujung jari telah banyak membuka jalan yang lebih mudah untuk sesorang itu menjadi popular dan akhirnya digelar seorang artis. Berbeza pula bagi Fakhrusy Syakirin yang dikenali sebagai Boy , 16 , yang menganggap masih terlalu awal baginya untuk bergelar seorang artis biarpun sudah terlibat dengan beberapa buah drama dan juga iklan diantaranya ..
Naomei – Oct’2009
Video Klip KKM – March’2010
Pangkin Atuk – July’2010
Sebelum Terlupa – Aug’2010
Video Wed Daughter Dato Seri Azizudin – Sept’2010
Main Lead KKM – Kempen Pencegahan Denggi – Oct’2010
Ceplos Ep22 – Nov’2010
TVC Mcdonal Prosperity Burger – Nov’2010
Print Ad – Milo Sejuk  - Jan’2011
Telemovie – Bila Suami Jadi Suri – Feb’2011
Telemovie – Cerekarama Berkalung Noda – Mac’2011
Telemovie – Episod Slot Akasia Kasih Alia – Mac’2011
TVC – Maxis Home – Sept’2011
TVC – Hong Leong Credit Card – Oct’2011
TVC – Milo 100 Years Nestle – Nov’2011
Print Ad – Milo UHT – Nov’2011
Citibank Worldwide Exposure – Feb’2012
Maggie Noodles TVC & All Media – Dec’2012
Telemovie Roket Kertas for Astro Ceria – Feb’2013
Telemovie Malaikat Di Pintu – May’2013
Telemovie Demi – July’2013
Telemovie Kiambang – July’2013
            
          “ Saya sebenarnya masih baharu lagi dalam dunia seni. Masih banyak yang perlu saya belajar dalam bidang seni sebelum rasa diri layak untuk digelar artis .Pengalaman sukar apabila memegang watak menangis , kerana Boy merupakan salah seorang pelakon yang sukar untuk menangis . Dengan itu , Boy terpaksa menyuruh Pengarah Filem memarahi Boy untuk mengeluarkan air mata . Pengalaman yang menyeronokkan ialah dapat berlakon dengan artis artis yang terkenal dan di situ bermula lah saya mendapat belajar banyak benda dalam dunia seni dan juga setiap tawaran berlakon dan model iklan saya tidak akan pernah untuk menolak tawaran tersebut .” jelasnya.



              Selain itu , Boy sering melibatkan diri dalam sukan Badminton , Bola Sepak ,  Tenis dan juga Futsal. Di sekolah, Boy telah mendapat sijil dalam sukan merentas desa , tenis , kawad kaki Daerah KRS .  Boy juga pernah memegang jawatan sebagai Pengawas PPDA dan Pengerusi Muzik dan Kebudayaan. Cita citanya ialah ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Disebabkan itu , Boy belajar dan fokus kepada mata pelajaran Matematik , Akaun dan Perniagaan untuk mencapai cita citanya. Di masa lapang pada cuti sekolah , Boy akan pergi bersukan dan juga melibatkan diri sebagai model fotografi yang disediakan oleh Muhamad Hafiz. Jika kita fokus , ia boleh datang dengan keuntungan dan mudah ditawarkan jadi model pakaian dan juga tawaran iklan.  Harapannya ingin menjadi artis tanah air yang terkenal dan ingin cemerlang dalam bidang seni dan akademik untuk berjaya di masa yang akan datang.
Sekian..